Sabtu, 1 Julai 2017

22 petua MUET Speaking



Rasanya ramai diantara calon muet yang berasa gemuruh... tak tahu apa nak buat.

Saya kongsikan disini 22 petua yang boleh anda lakukan bagi membendung perasaan takut dan gementar semasa berucap dalam Task A dan B (Speaking MUET)

Nak tahu bagaimana mengatasi masalah ini ..Ikuti 22 petua dibawah bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap dalam Task A dan B (MUET Speaking); 
  1. Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap. 
  2. Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan dengan calon-calon lain. 
  3. Anggap calon-calon lain sebagai rakan anda. 
  4. Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap calon sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap calon seolah-olah anda melihat mereka. 
  5. Datang lebih awal ketempat ujian Speaking anda supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati calon lain dan berbual dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap. 
  6. Jalin hubungan mata dengan calon lain dengan mesra dan melemparkan senyuman kepada mereka atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius. 
  7. Yakinkan diri bahawa anda akan berjaya dan bersikap positif. Calon-calon sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi. 
  8. Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan. 
  9. Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan. 
  10. Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar. 
  11. Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding calon-calon lain. 
  12. Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan anda, gunakan cermin sebagai langkah berlatih. 
  13. Ketahui rakan-rakan anda di dalam bilik kuarantin kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan sebagainya. 
  14. Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya. 
  15. Jangan tunjukkan ketakutan anda kepada calon lain kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda. 
  16. Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan. 
  17. Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata calon-calon lain. 
  18. Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan. 
  19. Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa calon-calon memikirkan mengenai anda. 
  20. Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan. 
  21. Minum air kosong untuk membasahkan tekak sebelum anda memulakan ucapan. 
  22. Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan selain memburukkan keadaan 


Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET Speaking, dapatkan ebook Rahsia Lulus MUET dibawah






Catat Ulasan

8 punca Amran gagal Exam MUET Speaking

Keputusan peperiksaan MUET baru - baru ini diumumkan. Amran salah seorang calon MUET tahun ini. Dia gembira kerana lulus! Ini merup...