Jumaat, 29 Disember 2017

Peluang Kerjaya Latihan Separa Perubatan



Sekiranya anda calon yang berkelayakan dengan Kelayakan yang di iktiraf adalah di pelawa untuk memohon kekosongan jawatan di atas. Rujuk iklan jawatan kosong berikut untuk memohon.


Untuk memohon sila klik pautan Borang SPA8i 


Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/deskripsi tugas, sila klik pautan di sini



Sabtu, 2 Disember 2017

Anda pernah GAGAL dalam Ujian sebelum ini?



Saya tidak pasti samada anda pernah gagal dalam peperiksaan MUET sebelum ini. Jika pernah itu tidak bermakna impian anda untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi  Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan berkubur begitu sahaja. 

Fakta ... Bukan untuk menakutkan anda tetapi pada hakikatnya peratusan calon lulus Peperiksaan MUET ini cuma 45% sahaja yang mendapat Band 3 ke atas untuk satu-satu peperiksaan MUET pada tahun 2007 yang lepas. Dan saya percaya inilah statistik yang lebih kurang sama untuk MUET tahun ini dan yang akan datang.

Ya, inilah statistiknya. Ianya realiti dan bakal menjadi teruk lagi pada masa akan datang kerana tidak mampu lulus tetapi kerana kurangnya persediaan bagi mengenalpasti apakah komponen-komponen penting atau aspek apa yang bakal diuji di dalam ujian MUET ini. 

Pun begitu, walaupun begitu ramai yang gagal bukan kerana gagal menjawab dengan betul soalan-soalan tetapi gagal menghabiskan soalan-soalan yang diberi.

(Ini bermakna kalau mereka tahu bagaimana untuk menjawab, menjawab senang sahaja!)

Hanya mereka yang betul-betul melakukan persediaan sahaja mampu menjawab semua soalan yang diberikan. Namun bagaimana untuk melakukan persediaan jika anda tidak tahu apa yang bakal ditanya?

Terdapat banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Kenapa anda gagal dalam ujian peperiksaan MUET. Ini perlu anda ketahui supaya tidak melakukan kesalahan serta kesilapan lagi dalam ujian peperiksaan yang akan datang.

  • Calon tak tahu format
  • Calon tahu format tapi tak tahu jenis soalan
  • Calon tak dapat 'cope' dengan skop pertanyaan kerana tak pernah tahu ianya akan ditanya
  • Calon serabut dengan buat pencarian di internet kerana maklumat semuanya bercampur baur
  • Calon menghabiskan masa membuat persediaan, tetapi persediaan tersebut tidak relevan.. 

Hanya mereka yang betul-betul melakukan persediaan sahaja mampu menjawab semua soalan yang diberikan. Namun bagaimana untuk melakukan  persediaan jika anda tidak tahu apa yang bakal ditanya?

Jika anda pernah gagal dalam ujian bertulis jangan bimbang .... Caranya senang sahaja… banyak tips yang dikongsikan oleh mereka termasuk contoh soalan dan
huraian format soalan. Anda boleh lihat panduannya di sini;


Jangan bimbang, masih ada masa lagi untuk anda lakukan persediaan untuk LULUS & mendapat BAND yang tertinggi dalam Peperiksaan MUET kali ini .. siapa tahu! 

Yang penting anda berusaha sehabis baik

Konpirasi GAGAL kan Calon?



Entah lah, sama ada ini satu konspirasi atau tidak, tapi ianya pasti menyukarkan calon lulus exam ini..

Peperiksaan MUET (Malaysian University English Test)

Jika diikutkan statistik Ujian Peperiksaan untuk MUET (Malaysian University English Test)yang lepas,  ianya boleh dikatakan agak sukar dan ramai yang tak lepas..

66.12% dari 85,464 calon GAGAL pada Jun 2010-- Konspirasi?

53.98% dari 98,662 calon GAGAL pada Nov 2010-- Konspirasi?

53.2% dari 93,869 calon GAGAL pada Nov 2011-- Konspirasi?

58.19% dari 85,044 calon GAGAL pada Jun 2011 -- Konspirasi?

Sebenarnya ... kebanyakannya gagal hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar dan tiadanya rujukan yang khusus tentang bagaimana peperiksaan tersebut. Jika anda ingin berjaya dalam peperiksaan tersebut, anda harus buat satu persediaan yang rapi dan khusus dan satu-satunya rujukan khusus untuk peperiksaan ini adalah rahsialulusmuet.com








Jangan ambil remeh dengan peperiksaan MUET ini, jika anda tidak mahu menjadi salah  seorang darinya. BERTINDAK PANTAS dengan memiliki Pakej ini sekarang!

Jumaat, 1 Disember 2017

Untuk calon MUET ..



Jika anda adalah calon Peperiksaan MUET, Anda pasti tahu yang anda perlu LULUS Peperiksaan MUET ini untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama (Degree) di Institusi Pengajian Tinggi awam IPTA) tempatan.

MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan Bahasa Inggeris calon-calon institusi pengajian tinggi dan juga buat mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Sebab itulah peratusan GAGAL lebih kurang separuh setiap kali peperiksaan berlangsung. Ada yang mengatakannya sukar. Mereka yang mahu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA) tempatan harus mendapat sekurang-kurangnya BAND 3 dalam peperiksaan tersebut.

Serius, susah nak lulus peperiksaan MUET ni, jika melakukan persediaan pun tidak melakukannya secara menyeluruh, tapi jika anda betul nak berjaya, anda boleh mengikuti tips berjaya peperiksaan MUET melalui link ini



SPEAK VS LISTEN




MUET (Malaysian University English Test) dah jadi elemen penting bagi pelajar-pelajar universiti sekarang.Apa yang penting sangat MUET ni? fyi, MUET penting disebabkan:

1. Pengukur aras penguasaan Bahasa Inggeris kita 
2. Memudahkan urusan majikan dalam menggaji pekerja 
3. Asas pemilihan kemasukan kursus tertentu di universiti
4. Antara yang tentukan our future selain SPM, STPM, STAM dan yang berkaitan 

Tapi nak hurai skit... Antara Speaking dan Listening mana yang patut difokus dan yang mana paling payah? sebenarnya yang patut diberi keutamaan ialah Speaking, tapi yang paling kena kuat ulang kaji ialah Listening. hah... mesti tak berapa jelas kan. beginilah, Speaking ni ialah first session masa MUET, so mestilah kita kena fokus pada Speaking dulu, kalau nak mudah dalam Speaking ni kena ada 3 perkara; 

1. Yakin 
Yakin yang korang mampu bercakap dalam BI, jangan takut dan panik sebab korang akan tergagap dalam dewan periksa kalau gagap payahlah nak pass.

2. Sediakan 4-6 point yang berkenaan

Masa di dewan @ conference room tu setelah diberi soalan (TASK A), tulis 4 hingga 6 point jawapan anda. INGAT! TULIS POINT SAJA... YANG LAIN BIARKAN OTAK ANDA BERFUNGSI!

3. Cuba ambil bahagian dalam perbincangan 

Ambil bahagian dalam group discussion (TASK B) dan kasi peluang pada rakan dengan bertanyakan soalan pada mereka (DALAM BI TAU!) 

Kalau yang paling payah pulak, sebenarnya Listening paling payah. Mudah cakap, lain kita dengar lain jawapannya. Cara nak skor Listening paling mudah tapi payah untuk di amalkan... 
1. tonton filem BI TANPA SUBTITTLE! 
2. Belajar slanga Amerika, London dan Australia. 

AMAT PENTING BAGI CALON MUET SUPAYA KEEP CALM, NO PANIK OK!


Tips Ujian Speaking MUET Lulus Cemerlang



Ujian Speaking di dalam MUET merupakan satu ujian yang membuatkan semua orang akan gentar. Risau tidak dapat bercakap dengan baik, risau akan jadi merapu, risau tak lancar bercakap, dan banyak lagilah kerisauan akan melanda. Pada kali ini kami akan berkongsi tips untuk bercakap lancara dan teratur ketika ujian Speaking MUET.

TIPS UJIAN SPEAKING MUET
  • Semasa persediaan 2 minit selepas mendapat soalan, baca soalan dengan tenang
  • Tulis semula keyword / kata kunci daripada soalan tadi.
  • Tulis ataupun lakar isi-isi anda yang berkaitan dengan topik.
  • Tulis secara ringkas.
  • jangan cuba menulis kesemua yang anda ingin cakap nanti.
  • Mula dengan memberi kata sapaan / hormat
  • Bercakap secara jelas dan didengari semua orang di dalam bilik.
  • Jangan bercakap lembut, ianya akan mematikan semangat anda.
  • Bercakap dengan jelas satu persatu mengikut grammar yang betul.
  • Elakkan merapu.
  • Jangan cuba direct translate isi anda dalam BM ke dalam BI, ianya akan menjadikan anda tidak lancara bercakap BI.
  • Jadi seorang yang berkerja dalam kumpulan.
  • jangan monopoli perbincangan.
  • Cuba bertanya kepada ahli yang anda nampak kurang mengambil bahagian.
  • Jika anda tidak bersetuju dengan poin, jelaskan secara logik kenapa.
  • Bila mendengar ahli lain bercakap, tulis poin mereka, dan cari di mana anda boleh masuk.


Beberapa ayat power yang boleh dgunak ketika ujian speaking.
  • Bertanya pendapat :What are your views on …
  • Memberi pendapat :As far as I am concerned .
  • Bersetuju sepenuhnya :That’s good/splendid idea
  • Tidak Bersetuju : I’m sorry but I have to disagree
  • Respon positif :That would be nice
  • Respon Negatif :I’m not convinced that this will work


Moga tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk berjaya dalam ujian speaking MUET akan datang.



22 petua bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap dalam Task A dan B (MUET Speaking)



Anda berasa senak dada … cuak benar nak berhadapan dengan muet speaking nanti …

Ya .. Inilah diantara perasaan yang anda dialami oleh sesetengah calon MUET Speaking.

Nak tahu bagaimana mengatasi masalah ini ..Ikuti 22 petua dibawah bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap dalam Task A dan B (MUET Speaking);

  1. Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap muet speaking.
  2. Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda semasa muet speaking ketika berhadapan dengan calon-calon lain.
  3. Anggap calon-calon lain sebagai rakan anda dan bukan sebagai sebagai pesaing anda dalam muet speaking.
  4. Dalam Muet Speaking elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap calon sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap calon seolah-olah anda melihat mereka.
  5. Datang lebih awal ketempat ujian MUET Speaking anda supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati calon lain dan berbual dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.
  6. Semasa Ujian Muet Speaking, jalinkan hubungan mata dengan calon lain dengan mesra dan melemparkan senyuman kepada mereka atau mengangguk kerana dengan cara itu anda tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
  7. Yakinkan diri bahawa anda akan berjaya dalam ujian Muet Speaking dan sentiasa bersikap positif. Calon-calon sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
  8. Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan gementar serta tertekan.
  9. Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
  10. Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
  11. Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik, maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding calon-calon lain.
  12. Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan anda, gunakan cermin sebagai langkah berlatih.
  13. Ketahui rakan-rakan anda di dalam bilik kuarantin kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan sebagainya.
  14. Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
  15. Jangan tunjukkan ketakutan anda kepada calon lain kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
  16. Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
  17. Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata calon-calon lain.
  18. Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
  19. Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain dalam ujian Muet Speaking seperti apa calon-calon memikirkan mengenai anda.
  20. Awasi cara anda duduk kerana cara duduk dalam Muet Speaking juga membantu anda mengurangkan tekanan.
  21. Minum air kosong untuk membasahkan tekak sebelum anda memulakan ucapan dalam Muet Speaking.
  22. Bercakap dengan perlahan dalam ujian Muet Speaking kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan selain memburukkan keadaan

Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai ujian peperiksaan MUET Speaking, dapatkan ebook Rahsia Lulus MUET dibawah