Selasa, 20 November 2018

4 Tips Sukses Temuduga Kerajaan



Untuk yng dipanggil dan bakal dipanggil temuduga, pastikan anda buat persediaan yang mantap!

Hadir temuduga tu buatlah persediaan sikit. Tips penting temuduga kerajaan;


  • Tip #1  - Faham jawatan anda. Kenalpasti anda akan diletakkan di bawah kementerian/jabatan mana jika berjaya
  • Tip #2 - Buka web rasmi kementerian tersebut. Kenalpasti tugasan dan carta organisasi kementerian tersebut
  • Tip #3 - Rujuk arkib akbar online. Kenalpasti berita berkaitan kerajaan untuk 2 bulan terakhir
  • Tip #4 - Tingkatkan keyakinan diri dengan berlatih bercakap di hadapan cermin! Untuk persediaan yang lebih rapi dan soalan-soalan lazim yang biasa di tanya dalam sesi temuduga kerajaan boleh gunakan rujukan ini;




Rabu, 14 November 2018

Ujian Psikometrik PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19



Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK? 

Gagal ujian ini boleh menyebabkan anda gagal jawat jawatan yang didamkan. Usah risau. Rujukan PSIKOMETRIK ini khusus untuk ujian tahun ini dan khusus untuk anda. 



Temu Duga Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

Adakah nama anda di panggil? 


Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my






Sebelum tue... apakah kelayakan untuk jawatan ini?
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan 

Dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia 


Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan/penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:
  1. Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.
  2. Mengurus dan mengawal peruntukan.
  3. Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.
  4. Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.
  5. Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.


    Selasa, 13 November 2018

    Ujian Psikometrik PEGAWAI BOMBA GRED KB19



    Tak tahu nak prepare apa untuk UJIAN PSIKOMETRIK

    Gagal ujian ini boleh menyebabkan anda gagal jawat jawatan yang didamkan. Usah risau. Rujukan PSIKOMETRIK ini khusus untyuk ujian tahun ini dan khusus untuk anda.



    Temuduga Pegawai Penyediaan Makanan Gred C41


    Adakah nama anda di panggil? 

    Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my





    DESKRIPSI TUGAS :

    Bertanggungjawab dalam pengurusan merancang menu dan perolehan bahan makanan yang diperlukan dalam resipi piawai dan memastikan makanan disediakan selamat, bersih dan berkualiti dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Perolehan bahan makanan basah/mentah dan kering, pengurusan penyimpanan makanan, pra-penyediaan memasak dan penghidangan makanan untuk memastikan dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan. Menyelia anggota di bawah jagaan untuk memastikan mematuhi disiplin, tatacara pelaksanaan tugas dan peraturan keselamatan pekerjaan.

    Sebelum tue.. apakah kelayakan untuk memohon jawatan ini?
    • ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang pengurusan perkhidmatan makanan atau bidang berkaitan 

    Dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia


    Temuduga Pegawai Kebudayaan Gred B29

    Adakah nama anda di panggil? 

    Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my

    Sebelum tue... apakah kelayakan untuk memohon jawatan ini?
    • mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan atau 
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau 
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau 
    • diploma dalam bidang berkaitan 




    Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

    Adakah nama anda di panggil? 

    Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my

    Sebelum tue... apakah kelayakan untuk memohon jawatan ini?
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (principal subjek Matematik atau Sains) atau
    • Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal atau
    • Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi 
    Dan .... memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional 




    Khamis, 11 Oktober 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11



    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan bermula 12 oktober 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my


    Sabtu, 29 September 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PENDAFTARAN KP19



    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Pendaftaran KP19. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan 11 October 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my




    Jumaat, 28 September 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN GRED E19



    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Pegawai Latihan E19. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan 11 Oktober 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my



    UJIAN PSIKOMETRIK PENGHANTAR NOTIS GRED N11


    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Penghantar Notis N11. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan 11 Oktober 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my



    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU ARKIB GRED S19



    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Arkib S19. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan 11 Oktober 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my




    Rabu, 26 September 2018

    Temu Duga Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19

    Adakah nama anda di panggil? 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my



    Temu Duga Pegawai Teknologi Makanan Gred C41

    Adakah nama anda di panggil? 

    Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my

    Sila layari laman web Senarai Penjadualan Temu Duga 




    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S19


    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan 30 September 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my




    Selasa, 25 September 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19




    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19.

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my


    Isnin, 24 September 2018

    Ahad, 12 Ogos 2018

    Nak Berjaya Peperiksaaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29



    Jangan salahkan orang lain jika anda gagal peperiksaan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

    Bunyi sedikit kasar tetapi itulah hakikatnya. Tanya diri anda soalan ini.. 
    • Apa aku dah buat untuk exam ini? 
    • Apa mereka dah buat untuk berjaya peperiksaan yang lalu? 

    Dan anda ada peluang memiliki naskhah Pakej Rujukan Peperiksaan




    Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29



    Masa sudah suntuk untuk membuat persediaan. Jalan pintas ialah dengan mendapatkan rujukan yang telah disiapkan untuk anda termasuk nota-nota dan juga contoh soalan peperiksaan SPA.

    Dapatkan segera sebelum ianya ditutup jualan dan anda tiada rujukan untuk membuat persediaan awal untuk exam anda.





    Tahniah Untuk Calon Penolong Pegawai Tadbir N29



    Sebenarnya, ramai yang telah mendahului anda sejak semalam, melakukan persediaan semaksimum mungkin.

    Tak perlu marah kepada mereka jika mereka mempunyai peluang yang lebih cerah daripada anda. Mereka telah mula melangkah untuk berjaya. Anda bila lagi?






    Sabtu, 11 Ogos 2018

    Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29



    Baru-baru ni SPA panggil lebih kurang 40,000 graduan untuk exam PTD. Ni ada lagi panggilan terkini untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29.

    Jika anda ada isi borang SPA8i sebelum ini, nama anda mungkin ada dalam senarai panggilan.

    Macam mana ada tak nama anda? Opsss! Gemuruh?

    Anda akan bersaing dengan ribuan calon yang lain. Tapi saya yakin tak semua tahu sebenarnya ada rujukan 'underground' untuk exam ini.







    PENTING jika anda duduki peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29!



    Adakah anda akan duduk perperiksaaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 pada tahun ini?

    Jika bukan dan tidak berkaitan, jangan baca......Tetapi...Jika anda atau akak adik, saudara mara, boyfriend - girlfriend yang ada dipanggil exam ini, sila klik di sini




    Sabtu, 4 Ogos 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK ONLINE PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41



    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pegawai Undang-Undang L41. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan bermula 6 Ogos 2018 sehingga 10 Ogos 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my



    Selasa, 31 Julai 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU OPERASI GRED N11


    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Operasi Gred N11. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan bermula 28 Ogos sehingga 29 Ogos 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my


    Khamis, 26 Julai 2018

    Isnin, 23 Julai 2018

    Peperiksaan Khas MPSP Pegawai Tadbir N41

    Cepat2. Exam tak lama dah. Anda perlu masa untuk studi. Jangan la buat keja2 last minit ni... ramai yg gagal sebelum ni mmg 'geng last minit'

    Rasa mcm sempat tapi tak sempat. Jadi baik buat preparation sekarang.

    Exam Pegawai Tadbir MPSP tak lama dah. Sebenarnya untuk jawatan ni anda kena studi;

    • maklumat mengenai pentadbiran Kerajaan
    • maklumat mengenai isu-isu Pulau Pinang
    • maklumat mengenai kerajaan  Pulau Pinang
    • Isu-isu lokal.

    Jangan lupa mengenai kemahiran psikometrik.

    Banyak lah nak cerita. Tapi untuk pantas, guna rujukan ini



    Khamis, 19 Julai 2018

    Temu Duga Penolong Penguasa Kastam Gred WK29


    Ramai calon dipanggil temuduga Kastam gred WK29. Sesi ni mula 15 Julai lepas dan akan tamat 2 Ogos. Kira tiap hari ada sesi temuduga.

    Anda dipanggil tak?

    Boleh semak kat sini

    Jap jap. Kalau anda  dipanggil temuduga Kastam, gunakan rujukan daripada 
    Tim Infokerjaya.

    Mereka bagi rujukan temuduga Kastam ni PERCUMA ja untuk pembeli Rujukan 
    Temuduga Kerajaan. Kira macam add-on komponen lah sempena panggilan 
    temuduga Kastam ni.




    Saya nak tengok anda sukses dalam temuduga Kastam ni tau!

    Jumaat, 13 Julai 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19



    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 


    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19.

    Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan bermula 24 Julai sehingga 28 Julai 2018. 


    Buat semakan terus di laman http://www.spa.gov.my




    Khamis, 14 Jun 2018

    UJIAN PSIKOMETRIK JAWATAN PEMBANTU AWAM H11


    Adakah anda calon Ujian Psikometrik tahun 2018? 

    Tahniah diucapkan kepada calon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Psikometrik bagi pengambilan jawatan Pembantu Awam Gred H11. Untuk makluman menerusi portal rasmi SPA, peperiksaan Psikometrik akan dijalankan bermula 25 Jun sehingga 10 Julai 2018. 

    Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my


    Dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik

    Rabu, 13 Jun 2018

    Ujian Psikometrik


    Untuk kemasukan perkhidmatan awam terkini, diwajibkan menduduki Ujian PSIKOMETRIK. Jika sebelum ini ianya lebih dinamakan penilaian SAHSIAH dan MINAT, tapi kini dalam skop yang lebih terarah.

    Penilaian ini sebenarnya adalah tambahan kepada peperiksaan yang mengukur kekuatan minda, ingatan dan kefahaman terhadap ilmu. Psikometrik pula lebih kepada instrumen untuk mengukur pola-pola tabiat dan tingkah laku seseorang.

    TUJUAN ujian Psikometrik ini bertujuan mengukur personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum dipanggil ke temuduga.

    Skop soalan adalah sekitar:
    1. Kemahiran berfikir.
    2. Sikap.
    3. Perwatakan.
    4. Emosi.
    5. dan lain-lain.

    Sebenarnya ujian PSIKOMETRIK ini antara ujian penting untuk menyingkirkan calon. Anda pun tahu kan yang anda ada ramai pesaing. Calon dari seluruh negara berebut jawatan dengan anda. Kekosongan jawatan yang tak banyak memerlukan pihak suruhanjaya menyingkirkan calon dengan ujian-ujian penilaian.




    Khamis, 19 April 2018

    Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam





    Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan spa.gov.my

    Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i


    5 kelebihan cuti dalam kerja kerajaan



    Terdapat banyak kelebihan apabila anda bekerja dalam sektor awam atau kerja kerajaan. Boleh dikatakan ianya meliputi segenap aspek yang diperlukan. Di antaranya ialah kelebihan cuti yang diberikan kepada penjawat awam. Lebih lama berkhidmat, lebih banyak manfaat yang diterima. Di sini kami akan kongsikan pada anda 5 kelebihan cuti dalam kerja kerajaan :

    1. Cuti sakit. Pihak pentadbiran kerajaan boleh menerima sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor dari klinik swasta untuk kelulusan cuti sakit. Peraturan-peraturan berkaitan dengan sijil perubatan yang dikeluarkan dari klinik swasta dipinda bagi memudahkan urusan cuti sakit penjawat awam.
    2. Cuti isteri bersalin. Bila anda bekerja dalam sektor awam, cuti isteri bersalin selama 3 hari diberikan kepada suami tanpa rekod. Kerajaan telah memanjangkan cuti tersebut kepada 7 hari selaras dengan hasrat mengutamakan keluarga. Cuti yang ditawarkan kepada penjawat awam menarik perhatian orang ramai untuk kerja dengan kerajaan.
    3. Cuti separuh gaji, cuti bawa ke hadapan dan cuti tanpa gaji. Cuti tanpa gaji selama 3 tahun maksimum atau selama tempoh berkhidmat dikurniakan kepada penjawat awam mengikut makna-mana yang lebih singkat. Ia boleh dipohon secara berterusan selama 3 tahun atau secara berperingkat sehinggai memenuhi batas 3 tahun maksimum. Cuti tanpa gaji yang seterusnya hanya layak dipohon selepas 3 tahun tarikh cuti tanpa gaji yang berjumlah 3 tahun sebelum ini tamat.
    4. Cuti bersalin penjawat awam wanita. Selain cuti sakit, cuti kerja bersalin dikurniakan selama 42 hari dan waktu untuk memulakan cuti bersalin ditetapkan oleh pegawai perubatan. Cuti yang melebihi dari 42 hari akan ditetapkan sebagai cuti sakit.
    5. Cuti ibadah haji. Pihak pentadbiran kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengurniakan cuti mengerjakan haji khas untuk penjawat awam yang beragama islam termasuklah guru untuk mengambil cuti dengan gaji penuh khas untuk mengerjakan ibadah haji.

    Itulah sedikit sebanyak kelebihan cuti bila anda kerja kerajaan. Salah satu cara untuk memasuki kerja kerajaan telah didedahkan dan dikongsikan oleh ramai penjawat awam ada di laman www.kerja-kerajaan.com.




    Rabu, 18 April 2018

    9 Cara Mudah Gagal Temuduga Kerja


    Biasanya kita akan memperkatakan tentang kaedah untuk lulus dengan cemerlang dalam sesi temuduga kerja. Baik kerja kerajaan atau swasta, temuduga kerja di antara kedua-duanya tidak mempunyai banyak perbezaan. Kali ini kita akan perhatikan 9 cara mudah gagal temuduga kerja. Bukan kerana kita mahukan kegagalan namun kita mahu elakkan 9 perkara ini daripada berlaku. Boleh jadi kita lupa 9 perkara ini hingga kita terbawa-bawa ke dalam sesi temuduga.

    1. Tidak serius semasa temuduga. Apa yang dikatakan serius dalam temuduga ialah anda hadir dengan persediaan yang rapi dan penampilan yang menepati keperluan sebagai seorang bakal pekerja. Anda bersedia dengan segala maklumat yang berkaitan dengan diri anda dan maklumat yang berkaitan dengan kerja yang diperlukan.
    2. Masuk ke bilik temuduga bukan sepenuh hati. Dengan sikap yang tidak yakin, anda masuk ke bilik temuduga dengan goyah. Tanpa sebarang persediaan maklumat, anda masuk begitu sahaja tanpa menunjukkan sebarang kesungguhan. Mimik muka anda juga tergambar rasa hambar atau lebih tepat lagi muka yang tiada perasaan.
    3. Tidak menghulurkan resume pada penemuduga. Semasa anda diminta untuk memberikan fail yang mengandungi resume anda, lihat bagaimana kedudukan tangan penemuduga. jika tangannya sedang menadah fail anda, terus hulurkan pada beliau. Usah letakkan di atas meja penemuduga. Mengapa? Ia adalah tindakan yang tidak beradab. Lain yang disuruh, lain yang dibuat.
    4. Duduk tanpa dipersilakan. Selepas masuk ke bilik temuduga, tunggu arahan selanjutnya dari panel. Jangan duduk sehingga diberitahu. Adab anda mencerminkan diri anda. Ibarat berkunjung ke rumah orang, masuk setelah dijemput atau diberikan izin.
    5. Pegang beg tangan semasa ditemuduga. Mengapa pegang beg tangan semasa temuduga sedang berlangsung? Atau tangan anda memeluk tubuh? Anda tidak ada apa-apa kesalahan dengan penemuduga. Jika anda berbuat demikian, anda memperlihatkan bahawa anda sedang gugup dalam temuduga. Bila anda gugup, keyakinan anda akan hilang lalu jawapan anda akan menjadi kelam kabut
    6. Bermain dengan pen ketika ditemuduga. Ini satu lagi contoh yang tidak baik. Ketika penemuduga bertanyakan soalan, dengar baik-baik, perhatikan dengan tenang supaya anda fokus dan dapat menjawab soalan dengan baik. Boleh dikatakan biadap apabila anda menjawab soalan dengan tidak menumpukan pada penemuduga.
    7. Tidak bertegur sapa semasa rehat. Bukan satu kemestian untuk bertegur sapa dengan penemuduga semasa rehat. Namun sekurang-kurangnya anda telah memberi peluang kepada diri anda untuk memberanikan diri berkenalan dengan penemuduga. Bukankah ini bakal membuka mata penemuduga bahawa anda seorang yang mudah bergaul?
    8. Tak tahu nama Sultan, Permaisuri dan Menteri Besar serta lagu negeri. Anda sebagai seorang rakyat Malaysia harus tahu siapa nama pemerintah negeri dan peneraju kemajuan negeri anda. Tunjukkan anda seorang yang berpengetahuan luas dengan maklumat negeri anda.
    9. Tidak tahu nama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Ini lebih parah jika anda tak tahu. Dua individu ini lebih popular dari mana-mana artis di Malaysia. Mustahil jika anda tak tahu kerana mereka kerap keluar di media massa setiap hari.



    Kesimpulan

    Apa akibatnya jika anda memiliki 9 perkara di atas? Barangkali anda disisihkan oleh penemuduga kurang daripada 1 minit sekaligus menggagalkan peluang anda untuk diterima bekerja. Jadi usah ambil remeh dengan setiap temuduga kerja yang anda hadiri. Elakkan daripada melakukan 9 perkara ini dan ambil langkah untuk memperbaikinya dengan segera.

    Oleh itu, anda harus mendapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan untuk melengkapkan persediaan temuduga anda hari ini juga.





    6 point penting Temuduga Kerajaan


    Tahniah kalau dapat panggilan temuduga kerajaan.


    6 point penting Temuduga Kerajaan

    • PERTAMA - Yang paling penting tahu dan faham jawatan yang ditawarkan. Tahu apa tugas. Tahu apa isu semasa berkaitan jawatan itu
    • KEDUA - Ketahui apa kementerian/jabatan dan agensi yang terlibat dengan jawatan. Anda kena tahu yang dibawah kementerian ada jabatan dan agensi. STUDI benda tu
    • KETIGA - Dah selesai yang KEDUA tadi, kaji dengan lebih dalam untuk kenal personnel dalam kementerian itu bermula dari menteri dan ke bawah termasuk pengarah/ketua sektor/ketua-ketua jabatan negeri jika anda dipanggil ke temuduga negeri.
    • KEEMPAT - Ambil tahu inisiatif-inisiatif berkaitan [KEDUA]. Mereka banyak inisiatif mula peringkat KEMENTERIAN sehingga agensi. Studi tengok perlaksanaan dan keberkesanan inisiatif tersebut
    • KELIMA - Studi isu-isu semasa berkaitan kerajaan. Ini maklumat2 umum kerajaan. Nama2 kabinet, akta2 baru, 
    • KEENAM - Asah skil temuduga anda. Dapatkan tip dan cara untuk sukses dalam  temuduga kerajaan. Tanya rakan-rakan yang dah ada pengalaman


    Biasa orang bagi tip temuduga KELIMA dan KEENAM tapi tinggal bahagian penting PERTAMA, KEDUA dan KETIGA.

    Jika anda tanya ada tak rujukan untuk persediaan lebih teratur dan  pantas untuk TEMUDUGA khas KERJA KERAJAAN, ini rujukannya;



    Harap ada sikit manfaat dari perkongsian ini. Kongsikan untuk rakan-rakan graduan yang lain juga  ya nanti :)


    Salam sukses!


    Semakan Jadual Temu Duga Penolong Pegawai Psikologi Gred S29



    Adakah nama anda di panggil? 

    Buat semakan terus di laman online.spa.gov.my 

    Sila layari laman web Senarai Penjadualan Temu Duga 




    6 perkara yang anda perlu tahu tentang separa perubatan


    Kerjaya dalam bidang Separa Perubatan terdiri daripada ramai kaum wanita. Namun begitu kaum lelaki tetap diperlukan dalam bidang ini. Cuma jumlahnya tidak seramai kaum wanita. Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perkara yang anda perlu tahu tentang Separa Perubatan. Selepas anda mendapat maklumat ini, perjalanan anda untuk mendalami bidang Separa Perubatan akan menjadi lancar.



    1. Sebagai seorang calon Separa Perubatan, anda wajib mengambil tahu hal ehwal yang berkaitan dengan Separa Perubatan meliputi skop dan tanggung jawab, tugas-tugas am dan khusus, lokasi latihan, jumlah elaun, kemudahan uniform dan organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
    2. Kaji setiap bidang Separa Perubatan yang anda pilih semasa mendaftar dalam portal SPA. Ambil tahu apa subjek yang bakal anda pelajari. Ini akan membantu anda menghadapi tapisan peperiksaan dan temuduga Separa Perubatan nanti.
    3. Selidik format peperiksaan yang dijalankan untuk kemasukan Separa Perubatan. Dahulu tapisan peperiksaan dibuat di dalam dewan peperiksaan, tapi kini ia telah dijalankan secara online. Buat persediaan dengan mengkaji bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya.
    4. Bersedia dengan sesi temuduga Separa Perubatan. Walau bagaimana pun ini hanya akan anda lalui selepas melepasi tapisan peperiksaan. Cara yang terbaik untuk membuat persediaan ialah merujuk kepada sumber-sumber daripada mereka yang pernah hadir ke sesi temuduga tersebut.
    5. Belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik, berani yakin dan jelas. Belajar untuk bergaul dan bercampur dengan masyarakat. Upayakan diri untuk hadir ke majlis-majlis keramaian, festival dan seminar supaya anda berhadapan dengan pelbagai peringkat dan ragam manusia. Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, anda harus berani dan yakin semasa berurusan dengan orang ramai.
    6. Kuasai ciri-ciri psikometrik yang berkaitan dengan sahsiah dan minat. Dalam ujian bertulis, anda akan disoal dengan tajuk-tajuk sikap yang bakal menentukan anda seorang yang gemar bersosial atau sebaliknya. Anda harus pilih jawapan yang mencerminkan bahawa diri anda memang mudah bergaul dengan orang ramai. Bukan sekadar melepak di laman sosial.

    Kesimpulannya, apa jua bidang yang anda minati perlukan pengetahuan asas. Tanpa asas ia takkan berkembang ke hadapan. Begitu juga dengan bidang Separa Perubatan. Ianya amat mencabar kerana terbahagi kepada 10 bidang di bawahnya.

    Anda perlu rujuk satu persatu maklumat yang berkaitan dengan bidang tersebut. Satu kaedah lain yang disyorkan ialah mendapatkan Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan. Di dalam ebook ini terkandung contoh soalan dan jawapan temuduga Separa Perubatan.




    Selasa, 17 April 2018

    Semakan Jadual Temu Duga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma







    Adakah nama anda di panggil? 

    Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my 

    Sila layari laman web Senarai Penjadualan Temu Duga 



    30 Soalan Temuduga Separa Perubatan


    Calon-calon yang sudah berjaya melepasi tapisan pertama perlu membuat persediaan untuk menghadapi tapisan kedua iaitu temuduga Separa Perubatan.



    Sebanyak 30 soalan temuduga Separa Perubatan yang kerap ditanya dikumpul dan dihimpunkan sebagai panduan calon-calon temuduga untuk dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi tapisan temuduga.
    1. Perkenalkan diri dan latarbelakang anda secara ringkas dan padat.
    2. Semasa di sekolah dan di kolej, apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai?
    3. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Separa Perubatan.
    4. Menurut kelulusan anda, adakah anda memiliki kesemua kelayakan yang digariskan oleh SPA?
    5. Beri 3 ciri-ciri yang digariskan untuk memasuki latihan Separa Perubatan?
    6. Jika anda dilantik menjadi jururawat, bagaimana anda melayan karenah pesakit yang berbeza usia?
    7. Beri 3 bidang dalam latihan Separa Perubatan yang anda mahir tentangnya.
    8. Namakan 3 kolej latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
    9. Apakah 3 perbezaan di antara hospital dan klinik?
    10. berikan 3 keistimewaan Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan semasa era kepimpinan Perdana Menteri ke 6.
    11. Bagaimana demam Malaria menjangkiti manusia dan terangkan 3 kaedah mudah untuk mencegahnya?
    12. Siapakah nama Menteri Kesihatan di Malaysia yang terbaru?
    13. Bagaimana pula dengan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini?
    14. Air yang tercemar mendatangkan pelbagai penyakit, berikan 3 contoh penyakit tersebut.
    15. Namakan 3 kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    16. Paras gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apa?
    17. Namakan 3 jabatan yang ada di hospital kerajaan.
    18. Ada 2 syif kerja di hospital kerajaan, mahukah anda bekerja dalam situasi tersebut?
    19. Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
    20. Ceritakan misi dan visi bagi KKM.
    21. Jelaskan 3 peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
    22. Apa yang anda faham mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
    23. Apakah 3 kelebihan diri anda jika dibandingkan dengan calon-calon Separa Perubatan yang lain?
    24. Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
    25. Berikan 3 cara anda meningkatkan keyakinan diri anda.
    26. Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan dengan kerjaya lain?
    27. Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan perubatan di Malaysia?
    28. Berikan 3 cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di Malaysia.
    29. Jika anda seorang mekanik, apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum membaiki kerosakan pada kenderaan?
    30. Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?

    inisiatif baru Kerajaan GETS. Tiada lagi pengangguran


    Ada yang tak perasan, kerajaan janjikan kerja kosong dan diikuti dengan plan strategik untuk kotakan janji.

    Untuk terdekat yang ramai terlepas pandang adalah;

    • Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
    • Graduate Employability Training Scheme (GETS)

    Maklumat terkini SL1M elaun dah dinaikkan dari RM1,500 kepada RM2,000 semasa dalam tempoh latihan. RUJUK SINI

    Untuk GETS ianya adalah inisiatif baru dengan pelaksana pihak KKLW dan MARA. RUJUK SINI

    Untuk graduan, serius banyak peluang dibuka dan dijanjikan dalam tenpoh selewatnya sehingga 6 bulan selepas graduasi, dah boleh ada penempatan kerja.

    Jadi kenapa masih ada yang menganggur?

    Bagus soalan tu. Macam ni lah, jawapannya berbentuk soalan;

    • dah mohon SL1M / GETS?
    • dah berapa puluh resume dihantar?
    • dah berapa puluh temuduga?
    • dah berapa kali tak dipanggil temuduga?
    • dah berapa kali gagal temuduga?

    Semuanya perlukan KESUNGGUHAN untuk GRAB peluang yang datang. Buat bersungguh. Buat persediaan yang padu.




    Isnin, 16 April 2018

    Bidang Tugas PTD



    Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Isu berkaitan mengenai serapan pegawai PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu perdebatan hangat


    Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:
    1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
    2. Pengurusan Kewangan,
    3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
    4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
    5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
    6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
    7. Pengurusan Ekonomi dan
    8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

    Layak Kah Anda Bergelar PTD?


    Anda dipanggil ke temuduga PTD? Tahniah kepada yang berjaya. Bagi anda yang tidak dipanggil ke temuduga PTD, ini bukan bermakna anda telah GAGAL. Tidak sama sekali. 


    Anda harus ingat, jawatan PTD adalah salah satu jawatan berstatus ELITE dan sudah semestinya mereka yang terpilih juga harus mempunyai ciri-ciri ELITE dalam diri mereka. Jika mereka boleh, berkali-kali mencuba, sudah tentu anda juga boleh mengekalkan momentum yang sama. Cuma…persiapkan diri anda dengan rapi untuk hari temuduga nanti.

    Baiklah, saya kongsikan maklumat untuk anda yang bakal menghadiri sesi temuduga PTD dalam masa terdekat ini. Sebelum anda mula menghafal apa-apa soalan, tips dan sebagainya, kami syorkan kepada anda untuk melihat sesi temuduga ini daripada sudut panel temuduga. Ini kerana mereka yang akan lakukan pemilihan dalam sejumlah yang ramai calon yang hadir.

    1. Kenalpasti Kriteria Pemilihan

    Cuba anda fikir, dalam ramai-ramai yang hadir sudah semestinya panel temuduga anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis calon. Ada yang banyak bercakap, ada yang pemalu, ada yang diam membisu dan banyak lagi. Atas dasar itu, kriteria ELITE ditetapkan supaya mereka yang terpilih adalah yang betul-betul layak. Berdasarkan maklumat yang kami terima, kriteria penilaian adalah seperti berikut :

    • CTI – Cepat, Tepat, Integriti
    • FOL – Facilitate, Open Minded, Loyalty
    • PCI – Productivity, Creativity, Innovation

    Apakah maksud perkataan-perkataan ini? Inilah masanya anda menyusun diri anda selaras dengan kriteria-kriteria ini. Cari apa yang dimaksudkan oleh kriteria ini dan bentuk diri anda ke dalam kriteria ini. Ya…ia bukan mudah. Malah ia lebih sukar lagi jika anda tidak pernah mencuba untuk persiapkan diri anda ke arah ini. Jadi, ia berbaloi jika anda mencuba!

    2. Persiapan Dokumen Lengkap

    Jika anda seorang panel temuduga, calon hadir dengan selamba sahaja tanpa siap sediakan dokumen lengkap, apa perasaan anda? Begitu juga perasaan yang panel temuduga sebenar rasa. Ini meningkatkan kebarangkalian tinggi untuk menyingkirkan calon. Bercakap tentang dokumen lengkap, apakah dokumen yang perlu disediakan?

    Saya syorkan kepada anda untuk siapkan satu senarai semak untuk memudahkan anda. Bermula daripada dokumen pengenalan diri sehinggalah ke pencapaian dalam pendidikan, aktiviti luaran dan pelbagai lagi. Ini adalah salah satu persediaan untuk anda menyelamatkan diri anda daripada disingkirkan dengan mudah oleh panel temuduga. Ingat! calon ramai, tempat kosong terhad.

    3. Tinggalkan Aktiviti Kurang Menyihatkan Sementara Waktu

    Apa itu aktiviti kurang sihat? Kami menjawab sudah tentulah aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan anda seperti merokok, tidur lewat malam dan sebagainya lagi. Jika berkeupayaan, terus tinggalkan dan pilih gaya hidup yang sihat. Ini supaya kita tidak terkesan dengan ‘Long Term Effect’.

    Bagi anda yang merokok, hentikan aktiviti merokok dalam sehari dua sebelum hari temuduga anda. Ini bukan kisah lucu. Terdapat panel temuduga yang tidak merokok dan mereka amat peka terhadap bau asap rokok yang melekat pada baju anda. Jika anda tidak merokok, sudah tentu bau ini kurang menyenangkan anda. Begitu juga panel temuduga. Situasi ini membahayakan anda jika anda seorang perokok tegar.

    Bagi anda yang suka tidur lewat malam, anda mempunyai masa tidur yang pendek untuk persediaan temuduga waktu pagi. Walaupun anda rasa segar setelah terbiasa tidur lewat, otak dan minda anda tidak beroperasi dengan baik. Anda mungkin segar, tetapi minda anda tidak. Jawapan yang anda bakal beri kepada panel temuduga juga boleh terkesan dengan amalan tidur anda ini.

    4. Bersiap Sedia Dengan Pengetahuan Luar Bidang Anda

    Tidak dinafikan lagi, jika anda seorang pelajar dalam bidang akauntan sudah pasti anda mahir dalam pengetahuan akauntan. Begitu juga seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan, guaman dan lain-lain. Kuncinya disini, apa yang anda mahir kerangkalian yang tinggi tidak ditanya dalam temuduga. Ini cara mereka menguji tahap pengetahuan luar anda selain daripada bidang anda.

    Sebagai seorang bakal PTD, anda harus peka terhadap isu di luar bidang anda. Ini memerlukan pengetahuan yang luas. Pengetahuan yang luas bermakna anda harus banyakkan pembacaan anda. Melalui pembacaanlah ilmu anda berkembang. Isu semasa dalam Malaysia dan isu semasa di luar negara yang memberi kesan kepada Malaysia boleh menjadi minat panel temuduga untuk menyoal anda. Jadi, bersiap sedia! Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah untuk anda tahu.

    5. Kekalkan Sahsiah Diri Positif Anda

    Ini adalah antara persiapan diri anda untuk soalan yang berstatus SUSAH. Soalan ini tidak meminta anda memberi jawapan yang tepat, betul atau salah. Soalan jenis ini menguji tahap sahsiah diri anda dan pengetahuan yang tinggi. Ia sebenarnya memerah daya pemikiran anda menggunakan fikiran dan hati.

    Anda perlu memilih sama ada anda ingin bersetuju atau tidak bersetuju dan lontarkan jawapan anda satu per satu menyokong pernyataan anda. Jika anda setuju, sokong jawapan anda dengan point untuk bersetuju. Jika anda tidak bersetuju, lontarkan point anda secara berhemah untuk menyokong pernyataan tidak setuju anda. Jangan pula, sekejap setuju dan sekejap tidak setuju.

    Ini memberikan pandangan yang serong panel temuduga kepada anda. Anda mungkin dilabel sebagai seorang yang tidak tetap pendirian anda. Atau anda hanya hentam kromo saja jawapan yang anda berikan. Oleh itu, ambil masa untuk berifikir dan rangka jawapan anda.

    Saya berharap dengan sedikit perkongsian ini dapat merangsang anda untuk timbul kesungguhan dalam melakukan persiapan untuk temuduga PTD dalam masa terdekat ini. Layakkah anda bergelar PTD? Ya…anda layak! Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, bersihkah hati anda dan percaya kepada rezeki.