Keputusan peperiksaan MUET baru - baru ini diumumkan. Amran salah seorang calon MUET tahun ini. Dia gembira kerana lulus!
Ini merupakan kali ke-2 Amran dipanggil menduduki exam MUET. Amran senaraikan 8 punca dia boleh GAGAL Exam MUET lepas. Nak tahu?
- Terlebih ramah dan santai. Amran memang berpewatakan begitu, tetapi ketika Kertas Speaking, sila "cover" sikit.
- Lambat dan tiada persediaan - Pagi exam itu Amran bangun lewat. Memang kelam kabut, tiada persediaan langsung. Serabai!
- Lupa sediakan maklumat penting - Disebabkan lambat, Amran terus ke Dewan Peperiksaan . Sehingga sijil penting yang dia lupa bawa.
- Berlakon drama sedih - Dah sampai lewat, sempat pula Amran berlakon drama sedih. Maaf, penjaga pemeriksaan tidak ada masa untuk menonton lakonan Amran.
- Imej selekeh! Amran buat silap besar, hadir MUETSpeaking berpakaian selekeh. Tak semestinya kena pakai baju yang mahal, tapi biar nampak kemas, nampak profesional.
- Lagak gaya berlebihan - Amran yang datang lewat pagi itu, sempat pula berlagak dengan pencapaian 3.6 pointer. Maaf cakap, pemeriksa meluat dengan perangai itu!
- Diam bila berbahasa Inggeris - Pointer tinggi tapi bila diminta bercakap dalam bahasa Inggeris, bukan setakat tergagap nak jawab, malah diam seribu bahasa! Amran Amran ... Ini kesilapan BESAR yang beliau lakukan.
- Banyak kemungkinan - Bila ditanya soalan, Amran jawab "Mungkin saya...", "Mungkin juga..." - banyak sangat kemungkinan.
Jangan lakukan seperti Amran.....Oh ya, tahun ini Amran bercadang untuk memiliki Pakej Lengkap Rahsia Lulus MUET yang diterbitkan khas buat calon-calon peperiksaan MUET tahun ini.