Khamis, 19 April 2018

Peluang Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awam





Untuk maklumat syarat lantikan/gaji/skim perkhidmatan boleh diperolehi melalui pautan spa.gov.my

Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i


5 kelebihan cuti dalam kerja kerajaan



Terdapat banyak kelebihan apabila anda bekerja dalam sektor awam atau kerja kerajaan. Boleh dikatakan ianya meliputi segenap aspek yang diperlukan. Di antaranya ialah kelebihan cuti yang diberikan kepada penjawat awam. Lebih lama berkhidmat, lebih banyak manfaat yang diterima. Di sini kami akan kongsikan pada anda 5 kelebihan cuti dalam kerja kerajaan :

  1. Cuti sakit. Pihak pentadbiran kerajaan boleh menerima sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor dari klinik swasta untuk kelulusan cuti sakit. Peraturan-peraturan berkaitan dengan sijil perubatan yang dikeluarkan dari klinik swasta dipinda bagi memudahkan urusan cuti sakit penjawat awam.
  2. Cuti isteri bersalin. Bila anda bekerja dalam sektor awam, cuti isteri bersalin selama 3 hari diberikan kepada suami tanpa rekod. Kerajaan telah memanjangkan cuti tersebut kepada 7 hari selaras dengan hasrat mengutamakan keluarga. Cuti yang ditawarkan kepada penjawat awam menarik perhatian orang ramai untuk kerja dengan kerajaan.
  3. Cuti separuh gaji, cuti bawa ke hadapan dan cuti tanpa gaji. Cuti tanpa gaji selama 3 tahun maksimum atau selama tempoh berkhidmat dikurniakan kepada penjawat awam mengikut makna-mana yang lebih singkat. Ia boleh dipohon secara berterusan selama 3 tahun atau secara berperingkat sehinggai memenuhi batas 3 tahun maksimum. Cuti tanpa gaji yang seterusnya hanya layak dipohon selepas 3 tahun tarikh cuti tanpa gaji yang berjumlah 3 tahun sebelum ini tamat.
  4. Cuti bersalin penjawat awam wanita. Selain cuti sakit, cuti kerja bersalin dikurniakan selama 42 hari dan waktu untuk memulakan cuti bersalin ditetapkan oleh pegawai perubatan. Cuti yang melebihi dari 42 hari akan ditetapkan sebagai cuti sakit.
  5. Cuti ibadah haji. Pihak pentadbiran kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengurniakan cuti mengerjakan haji khas untuk penjawat awam yang beragama islam termasuklah guru untuk mengambil cuti dengan gaji penuh khas untuk mengerjakan ibadah haji.

Itulah sedikit sebanyak kelebihan cuti bila anda kerja kerajaan. Salah satu cara untuk memasuki kerja kerajaan telah didedahkan dan dikongsikan oleh ramai penjawat awam ada di laman www.kerja-kerajaan.com.




Rabu, 18 April 2018

9 Cara Mudah Gagal Temuduga Kerja


Biasanya kita akan memperkatakan tentang kaedah untuk lulus dengan cemerlang dalam sesi temuduga kerja. Baik kerja kerajaan atau swasta, temuduga kerja di antara kedua-duanya tidak mempunyai banyak perbezaan. Kali ini kita akan perhatikan 9 cara mudah gagal temuduga kerja. Bukan kerana kita mahukan kegagalan namun kita mahu elakkan 9 perkara ini daripada berlaku. Boleh jadi kita lupa 9 perkara ini hingga kita terbawa-bawa ke dalam sesi temuduga.

  1. Tidak serius semasa temuduga. Apa yang dikatakan serius dalam temuduga ialah anda hadir dengan persediaan yang rapi dan penampilan yang menepati keperluan sebagai seorang bakal pekerja. Anda bersedia dengan segala maklumat yang berkaitan dengan diri anda dan maklumat yang berkaitan dengan kerja yang diperlukan.
  2. Masuk ke bilik temuduga bukan sepenuh hati. Dengan sikap yang tidak yakin, anda masuk ke bilik temuduga dengan goyah. Tanpa sebarang persediaan maklumat, anda masuk begitu sahaja tanpa menunjukkan sebarang kesungguhan. Mimik muka anda juga tergambar rasa hambar atau lebih tepat lagi muka yang tiada perasaan.
  3. Tidak menghulurkan resume pada penemuduga. Semasa anda diminta untuk memberikan fail yang mengandungi resume anda, lihat bagaimana kedudukan tangan penemuduga. jika tangannya sedang menadah fail anda, terus hulurkan pada beliau. Usah letakkan di atas meja penemuduga. Mengapa? Ia adalah tindakan yang tidak beradab. Lain yang disuruh, lain yang dibuat.
  4. Duduk tanpa dipersilakan. Selepas masuk ke bilik temuduga, tunggu arahan selanjutnya dari panel. Jangan duduk sehingga diberitahu. Adab anda mencerminkan diri anda. Ibarat berkunjung ke rumah orang, masuk setelah dijemput atau diberikan izin.
  5. Pegang beg tangan semasa ditemuduga. Mengapa pegang beg tangan semasa temuduga sedang berlangsung? Atau tangan anda memeluk tubuh? Anda tidak ada apa-apa kesalahan dengan penemuduga. Jika anda berbuat demikian, anda memperlihatkan bahawa anda sedang gugup dalam temuduga. Bila anda gugup, keyakinan anda akan hilang lalu jawapan anda akan menjadi kelam kabut
  6. Bermain dengan pen ketika ditemuduga. Ini satu lagi contoh yang tidak baik. Ketika penemuduga bertanyakan soalan, dengar baik-baik, perhatikan dengan tenang supaya anda fokus dan dapat menjawab soalan dengan baik. Boleh dikatakan biadap apabila anda menjawab soalan dengan tidak menumpukan pada penemuduga.
  7. Tidak bertegur sapa semasa rehat. Bukan satu kemestian untuk bertegur sapa dengan penemuduga semasa rehat. Namun sekurang-kurangnya anda telah memberi peluang kepada diri anda untuk memberanikan diri berkenalan dengan penemuduga. Bukankah ini bakal membuka mata penemuduga bahawa anda seorang yang mudah bergaul?
  8. Tak tahu nama Sultan, Permaisuri dan Menteri Besar serta lagu negeri. Anda sebagai seorang rakyat Malaysia harus tahu siapa nama pemerintah negeri dan peneraju kemajuan negeri anda. Tunjukkan anda seorang yang berpengetahuan luas dengan maklumat negeri anda.
  9. Tidak tahu nama Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Ini lebih parah jika anda tak tahu. Dua individu ini lebih popular dari mana-mana artis di Malaysia. Mustahil jika anda tak tahu kerana mereka kerap keluar di media massa setiap hari.



Kesimpulan

Apa akibatnya jika anda memiliki 9 perkara di atas? Barangkali anda disisihkan oleh penemuduga kurang daripada 1 minit sekaligus menggagalkan peluang anda untuk diterima bekerja. Jadi usah ambil remeh dengan setiap temuduga kerja yang anda hadiri. Elakkan daripada melakukan 9 perkara ini dan ambil langkah untuk memperbaikinya dengan segera.

Oleh itu, anda harus mendapatkan ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan untuk melengkapkan persediaan temuduga anda hari ini juga.





6 point penting Temuduga Kerajaan


Tahniah kalau dapat panggilan temuduga kerajaan.


6 point penting Temuduga Kerajaan

  • PERTAMA - Yang paling penting tahu dan faham jawatan yang ditawarkan. Tahu apa tugas. Tahu apa isu semasa berkaitan jawatan itu
  • KEDUA - Ketahui apa kementerian/jabatan dan agensi yang terlibat dengan jawatan. Anda kena tahu yang dibawah kementerian ada jabatan dan agensi. STUDI benda tu
  • KETIGA - Dah selesai yang KEDUA tadi, kaji dengan lebih dalam untuk kenal personnel dalam kementerian itu bermula dari menteri dan ke bawah termasuk pengarah/ketua sektor/ketua-ketua jabatan negeri jika anda dipanggil ke temuduga negeri.
  • KEEMPAT - Ambil tahu inisiatif-inisiatif berkaitan [KEDUA]. Mereka banyak inisiatif mula peringkat KEMENTERIAN sehingga agensi. Studi tengok perlaksanaan dan keberkesanan inisiatif tersebut
  • KELIMA - Studi isu-isu semasa berkaitan kerajaan. Ini maklumat2 umum kerajaan. Nama2 kabinet, akta2 baru, 
  • KEENAM - Asah skil temuduga anda. Dapatkan tip dan cara untuk sukses dalam  temuduga kerajaan. Tanya rakan-rakan yang dah ada pengalaman


Biasa orang bagi tip temuduga KELIMA dan KEENAM tapi tinggal bahagian penting PERTAMA, KEDUA dan KETIGA.

Jika anda tanya ada tak rujukan untuk persediaan lebih teratur dan  pantas untuk TEMUDUGA khas KERJA KERAJAAN, ini rujukannya;



Harap ada sikit manfaat dari perkongsian ini. Kongsikan untuk rakan-rakan graduan yang lain juga  ya nanti :)


Salam sukses!


Semakan Jadual Temu Duga Penolong Pegawai Psikologi Gred S29



Adakah nama anda di panggil? 

Buat semakan terus di laman online.spa.gov.my 

Sila layari laman web Senarai Penjadualan Temu Duga 




6 perkara yang anda perlu tahu tentang separa perubatan


Kerjaya dalam bidang Separa Perubatan terdiri daripada ramai kaum wanita. Namun begitu kaum lelaki tetap diperlukan dalam bidang ini. Cuma jumlahnya tidak seramai kaum wanita. Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui perkara yang anda perlu tahu tentang Separa Perubatan. Selepas anda mendapat maklumat ini, perjalanan anda untuk mendalami bidang Separa Perubatan akan menjadi lancar.



  1. Sebagai seorang calon Separa Perubatan, anda wajib mengambil tahu hal ehwal yang berkaitan dengan Separa Perubatan meliputi skop dan tanggung jawab, tugas-tugas am dan khusus, lokasi latihan, jumlah elaun, kemudahan uniform dan organisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. Kaji setiap bidang Separa Perubatan yang anda pilih semasa mendaftar dalam portal SPA. Ambil tahu apa subjek yang bakal anda pelajari. Ini akan membantu anda menghadapi tapisan peperiksaan dan temuduga Separa Perubatan nanti.
  3. Selidik format peperiksaan yang dijalankan untuk kemasukan Separa Perubatan. Dahulu tapisan peperiksaan dibuat di dalam dewan peperiksaan, tapi kini ia telah dijalankan secara online. Buat persediaan dengan mengkaji bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya.
  4. Bersedia dengan sesi temuduga Separa Perubatan. Walau bagaimana pun ini hanya akan anda lalui selepas melepasi tapisan peperiksaan. Cara yang terbaik untuk membuat persediaan ialah merujuk kepada sumber-sumber daripada mereka yang pernah hadir ke sesi temuduga tersebut.
  5. Belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik, berani yakin dan jelas. Belajar untuk bergaul dan bercampur dengan masyarakat. Upayakan diri untuk hadir ke majlis-majlis keramaian, festival dan seminar supaya anda berhadapan dengan pelbagai peringkat dan ragam manusia. Untuk menceburi bidang Separa Perubatan, anda harus berani dan yakin semasa berurusan dengan orang ramai.
  6. Kuasai ciri-ciri psikometrik yang berkaitan dengan sahsiah dan minat. Dalam ujian bertulis, anda akan disoal dengan tajuk-tajuk sikap yang bakal menentukan anda seorang yang gemar bersosial atau sebaliknya. Anda harus pilih jawapan yang mencerminkan bahawa diri anda memang mudah bergaul dengan orang ramai. Bukan sekadar melepak di laman sosial.

Kesimpulannya, apa jua bidang yang anda minati perlukan pengetahuan asas. Tanpa asas ia takkan berkembang ke hadapan. Begitu juga dengan bidang Separa Perubatan. Ianya amat mencabar kerana terbahagi kepada 10 bidang di bawahnya.

Anda perlu rujuk satu persatu maklumat yang berkaitan dengan bidang tersebut. Satu kaedah lain yang disyorkan ialah mendapatkan Rujukan Pantas Temuduga Separa Perubatan. Di dalam ebook ini terkandung contoh soalan dan jawapan temuduga Separa Perubatan.




Selasa, 17 April 2018

Semakan Jadual Temu Duga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma







Adakah nama anda di panggil? 

Buat semakan terus di laman http://online.spa.gov.my 

Sila layari laman web Senarai Penjadualan Temu Duga 



30 Soalan Temuduga Separa Perubatan


Calon-calon yang sudah berjaya melepasi tapisan pertama perlu membuat persediaan untuk menghadapi tapisan kedua iaitu temuduga Separa Perubatan.



Sebanyak 30 soalan temuduga Separa Perubatan yang kerap ditanya dikumpul dan dihimpunkan sebagai panduan calon-calon temuduga untuk dijadikan rujukan persediaan sebelum menghadapi tapisan temuduga.
  1. Perkenalkan diri dan latarbelakang anda secara ringkas dan padat.
  2. Semasa di sekolah dan di kolej, apakah aktiviti ko-kurikulum yang anda sertai?
  3. Nyatakan 3 sebab utama anda berminat dengan Separa Perubatan.
  4. Menurut kelulusan anda, adakah anda memiliki kesemua kelayakan yang digariskan oleh SPA?
  5. Beri 3 ciri-ciri yang digariskan untuk memasuki latihan Separa Perubatan?
  6. Jika anda dilantik menjadi jururawat, bagaimana anda melayan karenah pesakit yang berbeza usia?
  7. Beri 3 bidang dalam latihan Separa Perubatan yang anda mahir tentangnya.
  8. Namakan 3 kolej latihan Separa Perubatan yang anda tahu.
  9. Apakah 3 perbezaan di antara hospital dan klinik?
  10. berikan 3 keistimewaan Klinik 1Malaysia yang ditubuhkan semasa era kepimpinan Perdana Menteri ke 6.
  11. Bagaimana demam Malaria menjangkiti manusia dan terangkan 3 kaedah mudah untuk mencegahnya?
  12. Siapakah nama Menteri Kesihatan di Malaysia yang terbaru?
  13. Bagaimana pula dengan nama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang terkini?
  14. Air yang tercemar mendatangkan pelbagai penyakit, berikan 3 contoh penyakit tersebut.
  15. Namakan 3 kempen kesihatan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
  16. Paras gula yang berlebihan akan menyebabkan penyakit apa?
  17. Namakan 3 jabatan yang ada di hospital kerajaan.
  18. Ada 2 syif kerja di hospital kerajaan, mahukah anda bekerja dalam situasi tersebut?
  19. Huraikan kedudukan makanan yang terendah dan yang tertinggi dalam piramid makanan.
  20. Ceritakan misi dan visi bagi KKM.
  21. Jelaskan 3 peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
  22. Apa yang anda faham mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)?
  23. Apakah 3 kelebihan diri anda jika dibandingkan dengan calon-calon Separa Perubatan yang lain?
  24. Bagaimana anda mengatasi kelemahan diri anda?
  25. Berikan 3 cara anda meningkatkan keyakinan diri anda.
  26. Apakah kelebihan kerjaya Separa Perubatan dengan kerjaya lain?
  27. Apakah pandangan anda mengenai sistem pendidikan perubatan di Malaysia?
  28. Berikan 3 cadangan anda untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di Malaysia.
  29. Jika anda seorang mekanik, apakah langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum membaiki kerosakan pada kenderaan?
  30. Apakah pencapaian diri anda yang dibanggakan dan boleh memberi inspirasi kepada orang lain?

inisiatif baru Kerajaan GETS. Tiada lagi pengangguran


Ada yang tak perasan, kerajaan janjikan kerja kosong dan diikuti dengan plan strategik untuk kotakan janji.

Untuk terdekat yang ramai terlepas pandang adalah;

  • Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
  • Graduate Employability Training Scheme (GETS)

Maklumat terkini SL1M elaun dah dinaikkan dari RM1,500 kepada RM2,000 semasa dalam tempoh latihan. RUJUK SINI

Untuk GETS ianya adalah inisiatif baru dengan pelaksana pihak KKLW dan MARA. RUJUK SINI

Untuk graduan, serius banyak peluang dibuka dan dijanjikan dalam tenpoh selewatnya sehingga 6 bulan selepas graduasi, dah boleh ada penempatan kerja.

Jadi kenapa masih ada yang menganggur?

Bagus soalan tu. Macam ni lah, jawapannya berbentuk soalan;

  • dah mohon SL1M / GETS?
  • dah berapa puluh resume dihantar?
  • dah berapa puluh temuduga?
  • dah berapa kali tak dipanggil temuduga?
  • dah berapa kali gagal temuduga?

Semuanya perlukan KESUNGGUHAN untuk GRAB peluang yang datang. Buat bersungguh. Buat persediaan yang padu.




Isnin, 16 April 2018

Bidang Tugas PTD



Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Isu berkaitan mengenai serapan pegawai PTD ke semua jabatan untuk perlaksanaan tugas PTD menjadi satu perdebatan hangat


Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:
  1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
  2. Pengurusan Kewangan,
  3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
  4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
  5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
  6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
  7. Pengurusan Ekonomi dan
  8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Layak Kah Anda Bergelar PTD?


Anda dipanggil ke temuduga PTD? Tahniah kepada yang berjaya. Bagi anda yang tidak dipanggil ke temuduga PTD, ini bukan bermakna anda telah GAGAL. Tidak sama sekali. 


Anda harus ingat, jawatan PTD adalah salah satu jawatan berstatus ELITE dan sudah semestinya mereka yang terpilih juga harus mempunyai ciri-ciri ELITE dalam diri mereka. Jika mereka boleh, berkali-kali mencuba, sudah tentu anda juga boleh mengekalkan momentum yang sama. Cuma…persiapkan diri anda dengan rapi untuk hari temuduga nanti.

Baiklah, saya kongsikan maklumat untuk anda yang bakal menghadiri sesi temuduga PTD dalam masa terdekat ini. Sebelum anda mula menghafal apa-apa soalan, tips dan sebagainya, kami syorkan kepada anda untuk melihat sesi temuduga ini daripada sudut panel temuduga. Ini kerana mereka yang akan lakukan pemilihan dalam sejumlah yang ramai calon yang hadir.

1. Kenalpasti Kriteria Pemilihan

Cuba anda fikir, dalam ramai-ramai yang hadir sudah semestinya panel temuduga anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis calon. Ada yang banyak bercakap, ada yang pemalu, ada yang diam membisu dan banyak lagi. Atas dasar itu, kriteria ELITE ditetapkan supaya mereka yang terpilih adalah yang betul-betul layak. Berdasarkan maklumat yang kami terima, kriteria penilaian adalah seperti berikut :

  • CTI – Cepat, Tepat, Integriti
  • FOL – Facilitate, Open Minded, Loyalty
  • PCI – Productivity, Creativity, Innovation

Apakah maksud perkataan-perkataan ini? Inilah masanya anda menyusun diri anda selaras dengan kriteria-kriteria ini. Cari apa yang dimaksudkan oleh kriteria ini dan bentuk diri anda ke dalam kriteria ini. Ya…ia bukan mudah. Malah ia lebih sukar lagi jika anda tidak pernah mencuba untuk persiapkan diri anda ke arah ini. Jadi, ia berbaloi jika anda mencuba!

2. Persiapan Dokumen Lengkap

Jika anda seorang panel temuduga, calon hadir dengan selamba sahaja tanpa siap sediakan dokumen lengkap, apa perasaan anda? Begitu juga perasaan yang panel temuduga sebenar rasa. Ini meningkatkan kebarangkalian tinggi untuk menyingkirkan calon. Bercakap tentang dokumen lengkap, apakah dokumen yang perlu disediakan?

Saya syorkan kepada anda untuk siapkan satu senarai semak untuk memudahkan anda. Bermula daripada dokumen pengenalan diri sehinggalah ke pencapaian dalam pendidikan, aktiviti luaran dan pelbagai lagi. Ini adalah salah satu persediaan untuk anda menyelamatkan diri anda daripada disingkirkan dengan mudah oleh panel temuduga. Ingat! calon ramai, tempat kosong terhad.

3. Tinggalkan Aktiviti Kurang Menyihatkan Sementara Waktu

Apa itu aktiviti kurang sihat? Kami menjawab sudah tentulah aktiviti yang boleh menjejaskan kesihatan anda seperti merokok, tidur lewat malam dan sebagainya lagi. Jika berkeupayaan, terus tinggalkan dan pilih gaya hidup yang sihat. Ini supaya kita tidak terkesan dengan ‘Long Term Effect’.

Bagi anda yang merokok, hentikan aktiviti merokok dalam sehari dua sebelum hari temuduga anda. Ini bukan kisah lucu. Terdapat panel temuduga yang tidak merokok dan mereka amat peka terhadap bau asap rokok yang melekat pada baju anda. Jika anda tidak merokok, sudah tentu bau ini kurang menyenangkan anda. Begitu juga panel temuduga. Situasi ini membahayakan anda jika anda seorang perokok tegar.

Bagi anda yang suka tidur lewat malam, anda mempunyai masa tidur yang pendek untuk persediaan temuduga waktu pagi. Walaupun anda rasa segar setelah terbiasa tidur lewat, otak dan minda anda tidak beroperasi dengan baik. Anda mungkin segar, tetapi minda anda tidak. Jawapan yang anda bakal beri kepada panel temuduga juga boleh terkesan dengan amalan tidur anda ini.

4. Bersiap Sedia Dengan Pengetahuan Luar Bidang Anda

Tidak dinafikan lagi, jika anda seorang pelajar dalam bidang akauntan sudah pasti anda mahir dalam pengetahuan akauntan. Begitu juga seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan, guaman dan lain-lain. Kuncinya disini, apa yang anda mahir kerangkalian yang tinggi tidak ditanya dalam temuduga. Ini cara mereka menguji tahap pengetahuan luar anda selain daripada bidang anda.

Sebagai seorang bakal PTD, anda harus peka terhadap isu di luar bidang anda. Ini memerlukan pengetahuan yang luas. Pengetahuan yang luas bermakna anda harus banyakkan pembacaan anda. Melalui pembacaanlah ilmu anda berkembang. Isu semasa dalam Malaysia dan isu semasa di luar negara yang memberi kesan kepada Malaysia boleh menjadi minat panel temuduga untuk menyoal anda. Jadi, bersiap sedia! Jika tidak banyak, sedikit pun jadilah untuk anda tahu.

5. Kekalkan Sahsiah Diri Positif Anda

Ini adalah antara persiapan diri anda untuk soalan yang berstatus SUSAH. Soalan ini tidak meminta anda memberi jawapan yang tepat, betul atau salah. Soalan jenis ini menguji tahap sahsiah diri anda dan pengetahuan yang tinggi. Ia sebenarnya memerah daya pemikiran anda menggunakan fikiran dan hati.

Anda perlu memilih sama ada anda ingin bersetuju atau tidak bersetuju dan lontarkan jawapan anda satu per satu menyokong pernyataan anda. Jika anda setuju, sokong jawapan anda dengan point untuk bersetuju. Jika anda tidak bersetuju, lontarkan point anda secara berhemah untuk menyokong pernyataan tidak setuju anda. Jangan pula, sekejap setuju dan sekejap tidak setuju.

Ini memberikan pandangan yang serong panel temuduga kepada anda. Anda mungkin dilabel sebagai seorang yang tidak tetap pendirian anda. Atau anda hanya hentam kromo saja jawapan yang anda berikan. Oleh itu, ambil masa untuk berifikir dan rangka jawapan anda.

Saya berharap dengan sedikit perkongsian ini dapat merangsang anda untuk timbul kesungguhan dalam melakukan persiapan untuk temuduga PTD dalam masa terdekat ini. Layakkah anda bergelar PTD? Ya…anda layak! Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, bersihkah hati anda dan percaya kepada rezeki. 

Ahad, 15 April 2018

Perkataan yang tidak sesuai diguna dalam temuduga



Kebanyakan orang akan berasa gementar dan takut apabila tahu mereka sedang dinilai oleh individu lain.

Misalnya, temuduga. Temuduga adalah sesi penilaian yang melibatkan syarikat yang berpotensi dijadikan tempat kerja, dengan calon yang berpotensi untuk dijadikan pekerja.

Tidak kira apa yang calon temuduga lakukan, hasil penilaian itu tetap berpandukan kesan yang diberikan oleh calon kepada si penemuduga, yakni lebih dikenali sebagai ‘first impression’, lapor Inc.com‎.

Jika calon memperkatakan sesuatu yang ‘betul’ atau sesuai pada masa yang tepat, calon berkemungkinan besar mendapat posisi yang dimohon, tidak kira bagaimana hebat atau buruk ‘resume’ atau kebolehan sebenar yang mereka.

Menutur sesuatu yang boleh memberi tanggapan buruk pula mungkin akan menyebabkan calon langsung tidak berpeluang meneruskan temuduga atau mendapat jawatan yang diinginkan.

Begitulah besarnya pengaruh perkataan tersebut kerana ia mampu memberikan kesan yang kritikal dan jika calon ingin mengharungi temuduga dengan baik, mereka haruslah mengelak dari menggunakan beberapa perkataan yang tidak sesuai.

Elak guna perkataan ‘benci’

Perkataan ‘benci’ memberikan beberapa gambaran tentang karekter calon. Mereka yang menggunakan perkataan tersebut dianggap ‘membawa’ perasaan negatif yang kuat.

Penemuduga selalunya mahukan pekerja yang mampu mencari sisi positif dalam setiap hal, dan walaupun jika mereka bencikan sesuatu, pekerja tetap mampu meletakkan sentimen ‘benci’ tersebut di tempat yang sesuai.

‘Benci’ juga bukan alasan untuk calon ‘mengeluh’ semasa temuduga, contohnya seperti memberitahu bagaimana bencinya dengan pekerjaan lama, atau bencinya kepada kesesakan lalu lintas untuk ke tempat kerja.

Calon masih mampu menggunakan ‘benci’ dalam satu konteks menarik, seperti menggunakan ayat “Saya rasa seperti tidak dihargai di tempat kerja lama saya” dan bukannya “Saya benci tempat kerja lama saya”.

Jangan cakap ‘tidak’

Sepanjang karier calon nanti, mereka akan banyak menggunakan perkataan ‘tidak’. Terus-terang, penggunaan ‘tidak’ yang sesuai mungkin akan memberikan kelebihan kepada pekerja tersebut jika ianya digunakan pada konteks yang betul dan untuk melindungi kepentingan peribadi.

Tetapi dalam konteks sebuah temuduga, tidak ada satu alasan pun kenapa calon perlu menggunakan ‘tidak’.

Bayangkan jika penemuduga bertanya: “Adakah anda sanggup melakukan X untuk syarikat?”. Jika calon menjawab ‘tidak’, calon berkemungkinan besar terus gagal dari temuduga tersebut.

Untuk menjawab soalan yang berbaur rumit atau ‘trick question’, gunalah perkataan ‘mungkin’ dan bukan ‘tidak’. ‘Mungkin’ lebih memberikan nilai positif dari perkataan ‘tidak’.

“Saya akan bekerja keras”

Tiada calon yang akan datang temuduga dan memberitahu mereka adalah malas. Sebahagian besar calon akan kata mereka akan ‘kerja keras’, tapi tidak semua dari calon mampu membuktikan perkara tersebut.

Calon boleh bercerita mengikut konteks ‘kerja keras’. Contohnya bagaimana sebelum ini calon mampu menyiapkan sebuah laporan dalam tempoh seminggu atau mampu bekerja tanpa mengambil cuti sakit selama dua tahun.

‘Um, uh, er’

‘Uh’, ‘um’ dan ‘er’ akan membuatkan calon nampak tidak yakin, jadi adalah digalakkan supaya calon temuduga dari menggunakan perkataan tersebut sepanjang mereka bersoal jawab. Ianya mampu mencalarkan kredibiliti dan menampakkan calon ‘lemah’ dari yang sepatutunya.

Jika calon perlu berfikir untuk penggunaan ayat yang sesuai, elakkan dari bercakap. Diam lebih bagus dari menuturkan perkataan-perkataan yang langsung tidak menarik.

Ini akan melibatkan sedikit latihan, tetapi jika calon berjaya ‘memadam’ perkataan ‘Uh, um, er’ dari kamus mereka, ia adalah satu latihan yang berbaloi.
Sumber asal dari Sinar Harian




Sabtu, 14 April 2018

Tips Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta



Setiap kali mendapat panggilan termuduga, calon-calon perlu membuat persediaan untuk menghadapi temuduga. Sama ada temuduga kerja kerajaan atau swasta, ia tidak mempunyai banyak perbezaan dari segi persiapan. Artikel tips temuduga kerja kerajaan dan swasta akan membantu anda untuk merangka dan merancang persediaan asas sebelum calon-calon hadir ke sesi temuduga tersebut.

1. Persediaan sebelum temuduga

Hadir di lokasi temuduga awal 30 minit sebelum temuduga dimulakan. Bawa surat panggilan temuduga jika diminta berbuat demikian. Masukkan dokumen-dokumen berkaitan ke dalam fail khas. Sertakan dokumen seperti berikut :
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Sijil berhenti sekolah
  • Sijil penyertaan aktiviti di sekolah seperti sukan, unit beruniform dan persatuan atau kelab
  • Mykad
  • Sijil kelahiran
  • Sijil kemahiran

2. Menjelang temuduga kerja

Tertakluk kepada jabatan atau syarikat yang bakal anda hadiri, beri perhatian kepada perkara-perkara yang berikut :
  • Berpakaian dengan kemas, pakai baju lengan panjang dan seluar slack berwarna gelap. Pastikan ianya bergosok sebelum anda ke sesi temuduga.
  • Gilap kasut sarung dan pakai stoking. Elakkan daripada memakai kasut sukan yang berbelang dan berwarna-warni.
  • Bagi calon lelaki, sikat rambut dengan kemas dan berambut pendek.
  • Misai dan jambang hendaklah dikemaskan dengan rapi.
  • Elakkan daripada mewarnakan rambut.
  • Bagi calon wanita beragama Islam, pakai tudung biasa yang tidak berbelit-belit. Pilih warna lembut dan elakkan memakai tudung yang berwarna-warni.

3. Sebelum masuk ke bilik temuduga

Selepas membuat persiapan untuk menghadapi temuduga, ada lagi perkara yang perlu anda lakukan. Lapor diri pada staf yang bertugas dan tunggu nama anda dipanggil masuk. Sebelum masuk ke bilik temuduga, ketuk pintu dahulu. Masuk apabila anda diizinkan untuk berbuat demikian. Tutup pintu dengan perlahan-lahan sambil berjalan ke arah kerusi temuduga. Duduk setelah diarahkan.

Gaya duduk anda mestilah dengan kedudukan tegak, tangan berada di atas paha dan kaki dalam keadaan lurus. Elakkan duduk dengan gaya kaki bersilang, duduk bersandar sambil menongkat dagu, dan duduk dalam keadaan membongkok. Semasa berada dalam bilik temuduga, jangan bawa barang-barang seperti beg galas, topi keledar dan barang yang boleh mengganggu perjalanan temuduga anda.

4. Semasa anda ditemuduga

Berikan fail-fail kepada panel penemuduga dengan menghulurkan kepada mereka. Tunggu sehingga mereka ambil dan jangan sekadar meletakkan di atas meja. Pastikan fail tersebut diisikan dengan dokumen asal berkaitan dengan diri dan maklumat akademik anda. Bercakaplah dengan nada sopan yang teratur dan jelas. Jawab setiap soalan setelah penemuduga selesai bercakap.

Setiap soalan temuduga hendaklah dijawab dengan fakta yang jelas dan ringkas, bukan meleret-leret sampai lari dari skop soalan yang dipinta. Selarikan jawapan anda dengan air muka yang beradab dan menampilkan emosi yang ceria. Elakkan daripada menjawab terlalu kuat sehingga menimbulkan situasi yang tegang semasa temuduga.

5. Selepas anda selesai ditemuduga

Tunjukkan sikap berbudi bahasa anda dengan mengucapkan terima kasih kepada panel penemuduga. bangun dan gerakkan kerusi tanpa ada sebarang bunyi. Ambil semula dokumen asal anda sebelum keluar. Keluar dari bilik dengan sopan dan tutup kembali pintu dengan perlahan. Usah membuat bising di luar bilik temuduga.

Kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan



Bukan isu yang baru, tetapi sudah lama. Bahkan terlalu lama. Pasti ada sebab kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerajaan. Resume dan surat iringan sudah dihantar. Borang permohonan juga sudah diisi. Tetapi anda masih juga tidak menerima sebarang panggilan atau makluman untuk menghadapi temuduga kerja. Masa semakin berjalan. Mungkin anda perlu mengingat semula di mana silapnya.

  1. Salah isi borang permohonan. Ingat kembali had umur untuk jawatan yang anda pohon. Adakah umur anda terlalu muda atau sudah terlalu tua untuk jawatan tersebut? Kelayakan anda juga memainkan peranan. Adakah ia kelayakan atau kelulusan yang diperlukan oleh majikan? Sebahagian jawatan perlukan kelayakan seperti sijil atau diploma sahaja. Ada sebahagian majikan hanya mahukan pengalaman sebagai syarat. Ingat kembali apa maklumat yang telah anda isikan.
  2. Tiada pengambilan tiada kekosongan. Barangkali anda tertunggu-tunggu dengan panggilan kepada jawatan yang dipohon. Semasa anda menghantar resume, sudahkah anda pastikan bahawa anda bertindak pada waktu yang betul? Jadi anda perlu membuat kajian sebelum memohon sesebuah jawatan. Masa sentiasa berjalan. Usah tunggu jawatan atau kerja yang tidak wujud.
  3. Tamat tempoh permohonan. Ini perkara kecil namun ia boleh membawa impak yang besar. Kesilapan ini boleh membuat anda tertekan kerana memohon jawatan yang tidak lagi ditawarkan. Sekiranya anda memohon jawatan dalam kerajaan, anda boleh log masuk ke dalam portal dan kemaskini permohonan anda. Mudah-mudahan anda dipanggil untuk menghadapi temuduga yang akan datang.
  4. Terlalu ramai calon yang membuat permohonan. Dalam sektor perkhidmatan awam, seramai 10,000 calon akan dipanggil bagi mencari calon yang layak untuk mengisi 2 kekosongan. Jadi persaingan ini akan menjadi amat sengit kerana mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan bukanlah ukuran utama. Calon-calon akan ditapis menerusi peperiksaan khas dan temuduga.
  5. Kelayakan tidak memenuhi syarat. Lihat kembali syarat-syarat yang diperlukan oleh jabatan kerajaan tersebut. Sama ada kelulusan yang anda miliki tidak mendapat pengiktirafan atau tidak menepati kriteria yang tertulis dalam iklan. 
  6. Tidak lulus peperiksaan khas. Sebahagian besar calon yang ingin memasuki sektor perkhidmatan awam perlu melepasi peperiksaan yang dijalankan. Setiap jawatan mempunyai ujian yang berbeza seperti ujian bertulis, ujian bakat dan ujian fizikal. Jika anda tidak lulus peperiksaan bertulis, secara automatik anda gagal untuk ke sesi temuduga.

Kesemua poin di atas merupakan sebahagian daripada punca kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerja. Ada banyak lagi sebab yang boleh anda temui namun 6 punca kenapa anda tidak dipanggil temuduga kerja sudah cukup untuk anda jadikan panduan dan mengelakkannya daripada terjadi pada diri anda.

Jumaat, 13 April 2018

7 Tips Temuduga Yang Dinilai Oleh Panel



Seorang bekas pegawai di sebuah jabatan kerajaan, Puan Lily Sabrina Md Saberi berkongsikan pengalaman beliau mengenai 7 tips temuduga yang dinilai oleh panel sepanjang pengalaman beliau dalam kerjayanya.

1. Penilaian bermula sejak resume anda diterima, menjawab emel, menjawab telefon dan menjawab SMS. Jika jawapan dalam bahasa Inggeris dibalas dengan bahasa Melayu, markah sudah mula dipotong. Menjawab telefon dengan nada yang tidak sopan juga bakal mengurangkan markah anda.

Jika panggilan sebanyak 3 kali tidak dijawab maka anda secara automatik dikeluarkan dari senarai temuduga. Rajinkanlah diri anda untuk menjawab setiap panggilan telefon, mungkin panel penemuduga anda mahu membuat temujanji dengan anda. Belajar untuk menjawab setiap panggilan telefon dengan sebaik-baiknya.

2. Bakal majikan anda mungkin berminat untuk melihat akaun laman sosial anda. Setkan ia supaya boleh diilihat secara umum. Pastikan status dan gambar anda dipaparkan dengan sopan. Gambar berpeluk dengan teman lelaki atau teman wanita usahlah dipaparkan. Buanglah gambar tersebut dari laman sosial. Status yang tidak mencerminkan kata-kata yang sihat hendaklah dipadamkan.

Tunjukkan anda sebagai seorang yang berfikiran sihat dan positif. Artikel berunsur provokasi yang ada di internet, blog dan forum hendaklah dikeluarkan. Tulisan anda mencerminkan bagaimana cara anda berfikir. Panel penemuduga boleh memberitahu bakal majikan anda tentang keadaan diri anda berdasarkan maklumat yang diperolehinya.

3. Kehadiran ke tempat temuduga turut memberi kesan. 5 minit lewat boleh memberi kesan pada markah anda. Tiba lebih awal boleh dapat markah tambahan. Ketuk pintu dengan cara yang betul pun boleh dapat markah. Cara anda menarik kerusi pun akan dinilai. Ketika bersalaman dengan panel turut diberi perhatian.

Tunjukkan kesungguhan anda dengan mengatakan “Sebaik sahaja saya menerima panggilan dari wakil syarikat tuan, terus saya dapatkan lokasi dari internet dan datang semalam untuk tinjau pejabat ini”. Kesungguhan anda akan diberikan markah.

4. Transkrip dan ketebalan fail akademik anda bukanlah keutamaan panel penemuduga. Mereka mahu mendengar suara dan jawapan anda. Mereka menilau gaya bahasa badan dan pertuturan anda. Suara yang terlalu perlahan dan terlalu kuat bukanlah tumpuan utama, tetapi mereka mahu mendengar suara anda bercakap dengan mereka.

5. Penampilan anda akan menjadi perhatian panel. Pakaian yang tidak sopan seperti seluar ketat, baju ketat, tudung singkat, kasut tinggi 6 inci, pakaian berwarna-warni, skirt ketat, duduk bersilang kaki, kuku berwarna, rambut pacak tinggi, misai dan jambang seperti artis, bergaya seperti raver dan hipster, gigi kuning, bulu hidung tidak dikemaskn dan badan yang berbau. Kebersihan adalah keutamaan majikan.

6. Panel penemuduga akan membuat kajian di syarikat terdahulu tempat anda bekerja. Mereka akan soal anda, “Mengapa berhenti kerja di sana?”. Jika jawapan anda mencerminkan keburukan syarikat tersebut, maka anda akan kehilangan markah. Jika anda membuka keaiban majikan terdahulu, maka tidak mustahil anda akan membuat perkara yang sama apabila berhenti kerja di syarikat terkini.

Usah beritahu rahsia syarikat majikan yang terdahulu. Anda boleh gunakan jawapan yang lebih baik seperti “Saya hendak mencuba sesuatu yang berbeza dengan syarikat terdahulu”.

7. Sebaik sahaja tamat temuduga, tinggalkan bilik temuduga dengan kerusi yang dimasukkan semula ke dalam meja tanpa sebarang bunyi yang kuat. Usah tinggalkan dalam keadaan yang tidak kemas. Jangan sekali-kali lupa mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk hadir ke sesi temuduga.

Mudah-mudahan markah anda bertambah dan mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dari yang diminta.

Rabu, 11 April 2018

Jadual Temuduga SPA April 2018


Fuhh bulan ni banyak betul sesi temudauga yang dibuat oleh pihak SPA.

Anda boleh semak panggilan  melalui link rasmi 2018;



Jika anda perlukan bantuan persediaan boleh terus buat gunakan rujukan yang telah bantu ribuan graduan menjawat jawatan penjawat awam.